BLacK@mARio freNDz foLLowEr

MutiaRa kaTa...

Menghadapi kehilangan:
•Menerima hakikat kehilangan- anggaplah Tuhan lebih menyayangi orang yang telah pergi
•Lepaskan perasaan dalaman anda- jika perlu menangis, menangislah tetapi jangan sampai berpanjangan
•Ingatilah segala kebaikan yang pernah diberikan oleh yang tersayang, balaslah kebaikan itu dengan membaca Al-Fatihah dan mendoakan kebahagiaan beliau
•Mengingati bahawa kita juga akan mengalami saat-saat yang sama, tiada yang terkecuali
•Lakukan apa yang terbaik sebagai tanda saying kepada yang telah tiada…

"Hati sekeras batu akan menjadi lembut seperti kapas apabila kita senantiasa berusaha melembutkannya"

"Sebaik-baik kawan ialah kawan yang boleh menjaga perhubungan, menasihati, memahamai dan sentiasa mendorong kita ke jalan yang di redhai Allah dan Rasulnya..."

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negara China”

“Tak mustahil untuk kita gagal, tak mustahil kita berjaya kerana ianya hanya bergantung atas usaha yang kita sendiri lakukan”

“ Biarkan masa silam berlalu, kerana sesungguhnya masa depan masih ada untuk kita perbaiki apa yang telah kita lakukan dahulu…”

“Harta yang paling untung SABAR, Teman yang paling akrab AMAL, Pengawal yang paling baik WASPADA, Bahasa yang paling indah SENYUM, Orang yang paling manis adalah orang yang menghulurkankan senyuman ikhlas, kerana selain sedekah senyuman itu ibadat lukisan hati & senyuman itu tidak menyakitkan, tetapi menjadi penawar hati yang sakit.”

“Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan, Ambillah waktu untuk bermain itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi, Ambillah waktu untuk berdoa itu adalah sumber ketenangan, Ambillah waktu untuk belajar itu adalah sumber kebijaksanaan, Ambillah waktu untuk mencintai & dicintai itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan…”


“Sahabat tak semestinya bersama hari-hari, takjuga mesti berbual hari-hari, selagi ianya terpahat dihati, ikatan akan kekal selama-lamanya.”

“Persahabatan lebih indah daripada percintaan. Cinta umpama bermain layang-layang, Sahabat bagaikan pantai dan lautan walaupun sering berhenpas tetapi tetap kekal berdampingan…”

“Cawan yang berisi kopi tetapi tak ada gula mesti pahit… Lawan kalau kita ditumbuk memang sakit… Kawan… macam mana pahit dan sakitnya dia buat kepada kita, dia tetap yang terbaik dihati kita…”

“Cinta kepada keluarga umpama cahaya, Cinta kepada kekasih persis bunga kembang pagi, Cinta kepada teman tidak hakiki, Cinta kepada Pencipta kekal abadi…”

Hadiah Terbaik…

Kepada kawan-kesetiaan
Kepada musuh-kemaafan
Kepada ketua-perkhidmatan
Kepada yang muda-contah terbaik
Kepada yang tua-hargai budi
Kepada keluarga-kasih sayang
Kepada pasangan-cinta dan ketaatan
Kepada manusia-kebebasan
Kepada Tuhan-cinta yang abadi…

“Jika kita melihat kegagalan itu sebagai pengakhiran kepada usaha kita, maka malanglah kita. Tetapi jika kita melihat kegagalan itu sebagai peluang untuk kita bangkit memperbaiki diri, maka kitalah juara…”

Be positive…Always never give up before you even try nothing is really over until you stop trying. Never say it’s impossible before you pursue the way you think it’s possible. Never make yourself feel less worthy by comparing yourself with others. Never allow obstacles to stop you. Confront and transform them to opportunities, believe in working hard towards your future. Take a step at a time to reach your goals. Always believe in yourself… your HAPPINESS is in your HANDS…

“Ilmu yang bermanfaat, ilmu yang dapat menyuluh kehidupan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....