BLacK@mARio freNDz foLLowEr

TiPs unTuK peLajaR

INGIN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA??

RENUNGILAH......


Imej seorang pelajar:
• Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
• Bersedia menjadi pemimpin
• Menghormati perasaan guru, rakan dan keluarga
• Berkomunikasi dengan baik
• Berkeyakinan
• Bersikap terbuka
• Tenang menghadapi tekanan
• Mempunyai daya juang yang tinggi
• Berakhlak dan bermoral

Membina kreativiti:
• Jangan memaksa untuk mencari kesempurnaan
• Percaya kepada diri sendiri dan jangan terlampau bergantung kepada orang lain
• Cuba melihat sesuatu daripada pelbagai sudut
• Jangan menganggap peraturan sebagai penghalang
• Selalu bertanya ketika menghadapi kebuntuan
• Mendengar pendapat orang terutamanya mereka yang mempunyai pendapat yang berlainan
• Bersedia melakukan kesilapan

Erti kebebasan:
• Bebas untuk berfikir
• Bebas untuk berhujah
• Bebes untuk berkawan
• Bebas untuk beriadah
• Bebas untuk memilih
• Bebas untuk berpakaian
(Berlandaskan peraturan perundangan dan agama)

Cinta seorang pelajar:
• Cinta pada Allah
• Cinta pada buku
• Cinta pada guru
• Cinta pada sekolah
• Cinta untuk belajar
• Cinta pada ibu dan ayah
• Cinta pada persekitaran
• Cinta pada rakan
(Bercintalah untuk mempertingkatkan kecemerlangan bukan untuk mengganggu emosi)


Membasmi sikap kedekut:
• Bersedia membantu rakan yang lemah dalam pelajaran
• Menganggap pertolongan yang diberikan itu akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar seperti:

 Merapatkan perhubungan dengan rakan sekelas/sekuliah
 Melahirkan rasa hormat antara satu sama lain
 Melatih diri sebagai pemimpin
 Memastikan diri kita sendiri dapat apa yang diajar apabila kita mengajar rakan lain
dan memahaminya dengan lebih jelas
 Bersyukur dengan kemampuan sendiri


Mencari identiti:
Renungilah kenyataan2x ini;
• Kawan untuk melakukan sesuatu yang salah lebih mudah dicari
• Kawan sepanjang masa sukar ditemui
• Pertimbangkan semua keadaan ketika memilih kawan dan kerjaya
• Kedewasaan atau keberanian terletak kepada kewarasan pertimbangan

Memilih kerjaya:
• Tentukan kita telah mendapat maklumat yang secukupnya
• Apakah keperluan asas kerjaya tersebut
• Dimanakah tempat yang memungkinkan anda meneruskan pilihan kita
• Keperluan kewangan
• Menilai kekuatan diri
• Membina altenatif
• Berusaha sedaya mungkin

Tangga kejayaan
Sifat yang perlu ada untuk Berjaya:
Perancangan,sokongan,kejujuran,disiplin,usaha,kecekalan,,kreativiti,ketabahan,kesungguhan,matlamat…

Menilai pengorbanan:
• Pengorbanan Ibu Bapa
• Pengorbanan Seorang Guru
• Pengorbanan Diri Sendiri
• Pengorbanan Agama
• Pengorbanan masyarakat
• Pengorbanan Bangsa
• Pengorbanan Negara

Menilai kejayaan:
Adakah anda
• Menggunakan ilmu untuk membantu keluarga?
• Berjaya mengubah corak kehidupan dengan ilmu yang ada?
• Bersedia membantu mereka yang tidak bernasib baik?
• Sentiasa mengingati bahawa kejayaan yang diperoleh adalah hasil pengorbanan ramai pihak?

Menjadi pelajar contoh:
Seharusnya
• Bijak
• Berkemampuan
• Aktif
Juga bermakna tidak
• Bersikap secukup makan
• Menunggu sehingga saat akhir
• Membesar diri
• Mengalah dengan keadaan

Bersikap positif:
• Pelajar yang bersikap positif lebih bertenaga, bersemangat dan berhati waja
• Sikap positif akan menaikkan kadar kreativiti pelajar
• Sikap positif akan membentuk personality unggul
• Pelajar yang bersikap pasitif bersedia menghadapi perubahan

Mengenal diri sendiri-apakah sifat negatif dan¬¬¬¬ positif yang ada pada diri anda? Perubahan sikap perlu dilakukan untuk kita merubah kearah kecemerlangan


Membuat keputusan
• Adakah anda takut membuat keputusan?
• Apakah yang paling buruk boleh berlaku berlaku dengankeputusan yang anda buat?
• Apakah kemungkinan yang akan diperoleh hasil daripada keputusan tersebut?
• Apakah terdapat pilihan lain yang boleh dipertimbangkan?

(Jika anda sudah membuat pilihan, laksanakan dengan penuh kesungguhan)

Pengalaman hidup:
• Melihat nilai, budaya dan persekitaran yang berbeza
• Berhubung dengan mereka dari daerah yang berbeza
• Membandingkan pengalaman tersebut dengan suasana penghidupan di tempat sendiri

Ingat:
• Jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru. Pertimbanglah dengan penuh kewarasan

Membentuk pemenang:
Bertanyalah pada diri sendiri;
• Adahkah anda melakukan sesuatu kerana anda sendiri ingin melakukan?
• Bolehkah perkara ini dilakukan dengan lebih baik lagi?
• Bolehkah perkara ini dilakukan dengan lebih cepat?
• Adakah anda melakukan sesuatu perkara dengan mengharapkan pembalasan?

Renungilah...

Membentuk keyakinan:
• Bersedia untuk mencuba misalnya berani menjadi ketua, bersetuju untuk melakukan persembahan dalam kelas
• Melihat perwatakan rakan-rakan yang berkeyakinan
• Keinginan untuk menjadi pemenang
• Sanggup berbicang dan mendengar pendapat rakan ,guru @ ibu bapa
• Kesanggupan untuk berubah
 Yakinlah- Anda boleh!!!

Menghormati guru:
• Sentiasa dating ke kelas tepat pada masanya
• Membaca sebelum datang ke kelas
• Menyiapkan dengan sempurna tugasan yang diberikan
• Sentiasa datang dengan tepat setiap kali membuat temu janji
• Mengawal tingkah laku di dalam kelas
• Sentiasa member ucap selamat bila berjumpa

“Guru untuk didampingi bukan untuk dimusuhi”

Menghadapi kegagalan:
• Dengan beranggapan kegagalan merupakan lumrah dan asam garam kehidupan
• Menjadi kegagalan sebagai asas untuk bergerak dengan lebih berhati-hati dan waspada
• Mengenalpasti kenapa kegagalan itu terjadi
• Mengumpul pelbagai altenatif lain
• Bergerak semula dengan azam dan tekad baru, lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh


33 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang..

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

1 ulasan:

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....