BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Ahad, 6 Mac 2011

Peraturan mendirikan solat…

Nama pon solat lima waktu mestilah da lima waktu dan wajib dilakukan:

  • Solat zohor
  • Solat asar
  • Solat maghrib
  • Solat isyak
  • Solat subuh


 

Tahu tak syarat-syarat sah mendirikan solat?

Tak po cek nak kabo nih… ingat tau…

  1. Beragama islam
  2. Baliagh dan berakal
  3. Suci dari hadas kecil dan besar
  4. Suci anggota badan, pakaian dan tempat dari najis
  5. Mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat
  6. Menutup aurat
  7. Mengadap kiblat
  8. Masuk waktu solat

Catatan: Aurat bagi lelaki adalah bermula dari pusat hingga ke lutut dan aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka & kedua belah telapak tangan.

Ha… jangan lupa rukun-rukun solat plak:

  1. Yang pertama niat
  2. Berdiri bagi yang mampu
  3. Takbiratul ilham(membaca Allahu Akbar)
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Rukuk dengan tumah'ninah
  6. Iktidal dengan tumah'ninah
  7. Sujud dengan tumah'ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan tumah'ninah
  9. Duduk tahajjud awal dengan tumah'ninah
  10. Duduk tahajjud akhir
  11. Membaca selawat keatas Nabi pada tahajjud akhir
  12. Membaca salam pertama
  13. Tertib (secara teratur & berturut, dengan mendahulukan yang dahulu & mengakhirkan yang kemudian)

Perkara yang membatalkan solat (jangan sesekali buat):

(Apabila salah satu rukun & syarat ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya <tak sah>)

  1. Berhadas
  2. Bercakap-cakap ketika solat dengan sengaja
  3. Terbuka aurat
  4. Bergerak berturut-turut lebih daripada tiga kali
  5. Makan & minum ketika solat walaupun sedikit
  6. Terkena najis
  7. Membelakangi kiblat
  8. Tertawa tergelak-gelak
  9. Menambah rukun
  10. Mendahului imam dua rukun (apabila menjadi makmum)
  11. Berubah niat
  12. Melangkah @ memukul dengan kuat
  13. Murtad (terkeluar dari Islam)

Perkara makruh ketika solat (sebaiknya jangan dibuat la):

  1. Memasukkan telapak tangan dalam lengan baju ketika takbiratul ihram,rukuk & sujud
  2. Menutup mulut rapat-rapat
  3. Terbuka kepala
  4. Memejamkan mata
  5. Mendongak ke langit
  6. Meludah
  7. Solat di atas kubur
  8. Bercekak pinggang
  9. Berpaling ke kanan & ke kiri
  10. Menahan hadas (kencing @ tahi)
  11. Melakukan perkara yang menghalang kekhusyukan dalam solat


 

Ha… kita sebagai umat Islam harus mengetahui peraturan solat … Jadi renung-renungkanlah… Selamat beramah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....