.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Sabtu, 12 Mac 2011
Taubat Seorang Hamba...
Salam ukhwah...
Wahai sahabat ku tersayang ini bicara yang terlintas dihati semasa mendengar lagu Taubat seorang Hamba yang didendangkan oleh Hafiz Hamidun dan Irsyadee untuk tatapan kita semua.. Terlintas di fikiran, berapa banyakkah dosa-dosa yang kita pernah? adakah amalan kita selama ini mencukupi untuk dibawa ke padang perhitungan? Adakah kita telah bertaubat? Adakah taubat kita itu diterima? hati saya hiba apabila mengenangkan persoalan-persoalan tersebut. Terlalu banyak dosa-dosa yang kita. Dosa-dosa yang kita sengaja lakukan, dosa yang kita tidak sedari. Arrhh... Tak dapat dihitung dengan jari jemari 10 kita ini..Renungkanlah sedalam-dalam hati.. Ambillah waktu untuk muhasabah diri, ketahuilah apa kesalahan yang kita lakukan, akui kelemahan diri. Taubatlah jalan terbaik untuk meminta keampunan dan kemaafan daripada ALLAH yang Maha Esa, disamping kita memperbaiki diri. Buka Mata Buka Hati renungkan...
Taubat Seorang Hamba..
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Taubatku ini...
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhaMu Ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Taubatku ini...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Taubatku ini...
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan