.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Khamis, 17 Mac 2011
Hari Kanser Sedunia..
Salam ukhwah...
Sory la lama tak update..
Ni nak citer sikit.. semalam saya pergi pameran Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Terengganu.. Saya pergi dengan pihak universiti.. Buat rombongan ramai-ramai la.. Banyak info tentang kanser saya dapat.. Siapa yang tak Pergi tu rugi sangat-sangat..
Apa itu kanser?
Kanser ialah ketumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam badan..
Tahukah wahai sahabatku?
Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Lebih daripada 90% kanser adalah dipengaruhi oleh persekitaran dan cara hidup. Kanser paru-paru antara penyebabutama kematian kaum lelaki di Malaysia. Manakala kanser payudara pula adalah penyebab utama kematian kaum wanita di Malaysia. Sesetengah kanser boleh dielakkan dengan cara hidup sihat. Kematian kanser mungkin boleh dielakkan dengan pengesanan awal.
Faktor utama penyakit kanser:
-Penggunaan tembakau
-pemakanan yang tidak sihat seperti makanan yang tinggi lemak, minuman yang terlalu panas & ikan
masin gaya cina(jeruk)
-Agen Infeksi-Human Papillomavirus, Hepatitis B virus & Helicobacter Pylori Bacterium
-Radiasi Ultraviolet- sinaran cahaya matahari merupakan punca utama radiasi ultraviolet
-Kurang melakukan aktiviti fizikal
Faktor lain:
-Penggunaan alkohol
-Pendedahan pekerjaan & pencemaran sekitar
-Pencemaran bahan makanan
-Radiasi pengionan berlebihan
Faktor Risiko yang tidak boleh diubah:
-Penuaan - kebanyakan resiko kanser meningkat dengan peningkatan umur
-Jantina & bangsa - mengikut jenis kanser
-Keturunan - 4% daripada semua jenis kanser
9 Tanda AMARAN!!! Kanser:
-pendarahan daripada faraj yang berlaku antara tempoh haid @ selepas putus haid
-Benjolan pada payudara @ sebarang perubahan yang dikesan pada payudara
-Perubahan pada amalan membuang air besar & air kecil
-Benjolan di leher @ mana-mana bahagian yang tidak pernah wujud sebelum ini
-Suara garau lebih dari dua minggu/hilang pendengaran @ telinga yang berdengung
-Pendarahan yang luar biasa dari hidung @ mana-mana bahagian tubuh badan
-Ulser yang tidak sembuh, luka semakin lebar, bertambah sakit & mula berdarah
-Masalah penghadaman & kesukaran menelan serta xantiasa kenyang/kembung
-batuk yang berterusan & kahak berdarah melebihi dua minggu
Sahabat sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!!!
Cara kurangkan resiko kanser terhadap diri:
-Elak dari merokok & pendedahan kepada asap rokok
-Makan lebih sayur-sayuran & buah-buahan
-Kurangkan pengambilan daging merah & makanan berlemak
-Elakkan, berlebihan berat badan,pancaran matahari, mengunyah tembakau
-Kurangkan pengambilan alkohol
-Sentiasa bersenam
Sayangi diri & keluarga anda. Pastikan mereka tidak terdedah kepada faktor di atas terutamanya asap rokok & makanan tinggi lemak
Sahabat INGAT!!! Saringan & Pengesahan Awal KANSER Boleh Menyelamatkan Nyawa Anda.
"Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat"
INGAT!!!!
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan