BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Selasa, 15 Mac 2011

Soal Selidik…

Assalamualaikum

Sahabat apa khabar? Sihat? Harap sahabat sihat dan dirahmati Allah. Insyaallah….

Saya nak kongsi sedikit ilmu yang seberapa ni..

?: Assalamualaikum.
*: Walaikumusalam.
?: Nak soal selidik sekejab boleh?
*: Apa salahnya. Boleh saja.
?: First, saya nak tanya nama awak.
*: Oh.. nama saya *****.
?: Umur berapa tahun?
*: 19 tahun muda lagi. Hehe J
?: Warna kegemaran awak kecuali warna putih?
*: Banyak. Hitam, biru, banyak lagi la,
?: Haiwan peliharaan yang paling awak suka?
*: Saya suka sangat kucing. (heran baru ja kenal warna kegemaran lah haiwan la pelik jugak nih. Tapi ***** jawab ja apa saja soalan yang dia soal tuh)
?: Haiwan paling awak tak suka?
*: Oh.. hmmm.. lintah kot.
?: Jumlah wang yang awak idamkan?
(pelik bebenor soalan dia, tapi layan ja lah..)
*: Banyak tu tak banyak berjuta juga la…(semua mesti idamkan nak duit berjuta-jutakan? J)
?: Hmmm.. spesifik sikit…
*: Oh.. dalam 1 juta la.. hihihi J
?: Harta yang awak ingin miliki?
*: Setakat ni saya nak memiliki kereta mewah.
?: Nama pasangan istimewa awak (berlainan jantina)
(isssh… apa nih sampai nama mak we pon nak bagi tau… malu la)
*: setakat ni tak da lagi. Kalau ada jodoh jumpa la dia.hihi J
?: Okey tak apa tak nak bagi tau. It's ok.
*: Terima kasih.

 (Tiba-tiba senyap seketika. Malaikat lalu)
Pohon bergoyang-goyang, cengkerik bernyanyi…..

?: Bagus *****… awak memang seorang yang jujur! (kembang la hidung dipuji macam tuh. Dah la hidung kembang makin kembang la nampaknya. hehe)
Sambung dia lagi., harap awak sihat hari ini.
*: Alhamdullilah. Sihat..
?: Faiez tahu tak solat itu tiang agama?
*: Tahu…
?: Solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar dan solat itulah membezakan seorang muslim dengan seorang kafir dan jika sengaja meninggalkan solat itu berdosa beser.
*: Tahu…
?: Benarkah ***** tidak pernah meninggalkan solat secara sengaja?
*: Saya manusia yang tak lepas dari kesilapan..
?: Hmmm… asalkan ***** dah bertaubat itu dah bagus.. Jangan jadi macam lintah.. kerana ia tidak diwajibkan ke atasnya untuk menunaikan solat, membayar zakat dan amalan-amalan baik yang lain. Tetapi kalau awak sengaja tinggalkan solat. Maka bagaimana kedudukan awak berbanding lintah? Mungkin sama sahaja kedudukannya, atau mungkin lebih teruk daripada itu. Kerana awak seorang manusia, dikurniakan akal untuk mengenali siapa Pencipta. Walhal lintah tidak dikurniakan akal untuk memikirkan antara yang baik dan buruk. Adakah awak terfikir? Bahawasanya dalam kalangan makhluk-makhluk Tuhan yang lain seperti kucing juga berzikir kepada Khaliqnya, Cuma carannya sahaja yang berlainan daripada manusia. Satu lagi, jangan salahkan ibu mengandung. Walaupun awak lahir bagaikan sehelai kain putih dan ibu bapa awaklah yang bertanggungjawab mencorakkan kain itu mengikut budi bicara mereka. Kalau putih maka putihlah ia. Kalau hitam maka hitamlah ia, kalau comot maka comotlah ia.
?: ***** mungkin awak rasa 19 tahun ketika ini masih muda. *****,jika awak suka, awak boleh hidup 100 tahun lagi, namun adakah awak pasti apabila umur awak mencecah 119 tahun, pahala awak akan menjadi lebih banyak daripada dosa? Yakinkah bahawa awak akan tergolong dalam golongan ahli syurga? Dan sedarkah awak bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlu tunggu sehingga tua baru anda diundang Malaikat Maut! Tidak perlu baring di atas katil, dikelilingi anak dan cucu untuk diceraikan nyawa daripada jasad awak!
?: ***** kalaupun wang simpanan anda bertimbun sebanyak RM 1 juta dan anda bermegah-megahan dengan kereta mewah yang mewah itu… namun kesemuanya awak tidak akan angkut ke dalam kubur anda nanti cumanya amalan kebajikan, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan awak nanti.. Dan jika timbangan dosa awak lebih daripada timbangan pahala awak.. Maka bersedialah menerima azab Malaikat Malik di sangkar Neraka. Dan jika timbangan pahala awak lebih daripada timbangan dosa awak.. Maka bergembiralah kerana anda akan dipelawa ke lambangan syurga oleh Malaikat Ridzuan. Yang pasti akan melayani apa jua kemahuan awak. Semua impian anda di dunia yang tidak kesampaian akan telaksana. Semoga tercapai cita-cita awak itu bersama-sama teman hidup yang anda ingini bercinta di taman syurga nan abadi selama-lamanya.
F: Amin… Semoga ALLAH memakbulkan permintaan ini…
?: Tetapi dengan syarat, didunia awak mestilah taat perintah ALLAH, dan meninggalkan larangan-NYA. Berpegang teguhlah dengan kalimah Syahadah… Tidak meninggalkan solat dengan sengaja… Berpuasa di bulam Ramadhan dengan penuh taat… Bayarlah Zakat apabila cukup syaratnya… Pergilah Haji sekiranya mampu…

 Renungilah…
Semoga perkongsian ini dapat member ilmu kepada sahabat semua..
Semua yang baik datang daripada ALLAH, segala yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....