Assalamualaikum.. Salam Ukhwah..
"bermusafir di perantauan" erti kata mudah hidup di negori orang, eh tercakap orang negori plak.. hehe…. Tah betul ke tak.. J
Cuba citer… cuba citer…(ayat dalam hantu Kak Limah)
Hampa nak tau dak(korang nak tahu tak) hidup di perantauan ni bukannya senang. Kenapa? Apa-apa benda kita kena(perlu) buat sendiri. Basuh baju sendiri makan sponser sendiri apa-apa benda sendiri. Arrh susahnya… Tapi bagi yang dah berpengalaman diorang tahu la nak sesuaikan dirikan. Bagi yang kali pertama macam mana plak? Bukanya apa saya pun first time jugak. Tapi bagi saya itu satu cabaran kita dalam menghadapi masa depan dan untuk mencari ilmu serta untuk mengejar impian yang selama ini kita impikan. Sapa setuju angkat tangan macam saya… (gurau ja tau, saya tak nak terlalu formal nanti bosan plak).. ha dah melalut tah kemana dah ni.. Okey kita sambung cerita yer. Yer bagi saya bermusafir di perantauan ni sebagai satu platform untuk saya mengorak langkah dan berdiri diatas kaki kita sendiri. Kenapa? Hidup bermusafir ini mengajar kita berdikari (survival) pada masa akan datang. Selama ini kita hanya bergantung kepada ibu bapa dan ahli keluarga sekarang kita harus bergantung pada diri sendiri kerana apa? Kerana kita tak boleh nak bergantung pada mereka selama-lamanya. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya..
Kadang-kadang saya pun terpikir kenapa la saya pergi belajar jauh-jauh. Jauh dari mak dan keluarga. Rindu sangat kat diorang. Macam nak balik jumpa tiap-tiap hari. Namun di pikirkan balik ada hikmah disebalik semua ini. Saya di sini dapat hidup berdikari lagipun saya tak keseorangan walaupun jauh dari keluarga namun saya perolehi kawan yang mengambil berat tentang saya seperti keluarga saya. Walaupun baru jer kenal boleh dikatakan sudah bertahun mengenali antara satu sama lain walaupun berlainan latar belakang. Jauh dari keluarga penggantinya tetap ada, kawan.
Mengenangkan hijrah yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk menyebarkan agama Allah, agama Islam. Mereka sanggup meninggal keluarga dan harta demi perintah Allah. Alangkah besar pengorbanan mereka, apalah kita ini hanya sekecil zarah. Para ilmuan juga sanggup berhijrah demi mempelajari ilmu. Apalah kita hanya merantau beberapa kilometer saja, tu pon hanya dalam Negara kita sendiri tak lagi merantau luar Negara tu pon kita dah merungut. Jauh dari keluarga la, takut la, apa saja lah..
Kawan-kawan apa yang nak saya sentuh dan tegaskan adalah walaupun kita bermusafir di perantauan, kita berjauhan dari keluarga dan sanak saudara, still ada kawan-kawan menunggu mungkin sebaik keluarga kita. Demi mencari ilmu kita harus berkorban, sejauh mana kita merantau semakin banyak ilmu yang dapat kita perolehi dan semakin banyak ilmu yang kita boleh memanfaatkan untuk keluarga, bangsa, agama dan Negara..
Sory la kalau ayat terkontang-kanting sikit harap kawan-kawan semua memahaminya… hehehe J Selamat Beramah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan