.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Sabtu, 12 Mac 2011
Berita Terkini.. Jepun di Landa Gempa Bumi..
2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
MyMetro..
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di beberapa kawasan utama yang terjejas akibat gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter di Pantai Honshu, Jepun jam 1.46 petang, semalam dilaporkan selamat dan kini ditempatkan di penempatan sementara.
Antara kawasan yang teruk terjejas adalah di Miyagi, Iwate serta Aomori dan mengikut maklumat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Jepun rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit seramai kira-kira 100 orang termasuk pelajar.
Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Ahmad Rozian Ab Ghani, pihaknya berjaya menghubungi beberapa pelajar melalui Facebook mereka sejurus selepas gempa kuat itu dan keadaan mereka selamat tanpa sebarang kecederaan.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi laporan mengenai kehilangan atau pun kematian membabitkan rakyat kita di sini, namun kita akan memantau keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi di Nanpeidai-Cho Shibuya-Ku, Tokyo, malam ini.
Wahai sahabatku, marilah kita sama-sama menadah tangan meminta doa agar sahabat senegara dan sahabat seagama kita di Jepun terselamat dari bencana itu.. Insyaallah..
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan