BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Jumaat, 11 Mac 2011

CABAR DIRI MENCARI POTENSI DIRI


 

Salam ukhwah….

Cabaran buat diri…

Malam ni saya cabar diri saya. Cabaran yang saya tak pernah buat selama ni. Mungkin sesetengah daripada anda dah merasa cabaran ni. Tapi bagi saya, ini kali pertama saya buat. Nak tahu apa benda yang saya buat? Ala saya pergi temu duga untuk jadi Exco untuk Kelab Integriti 1Malaysia. Mula-mula berdebar-debar la juga. Kaki tangan menggigil, dahi basah. Almaklumlah first time tapi akhirnya dapat diselesaikan. Semasa temu duga bertalu-talu ditanya nya soalan. Sejuk gedik dibuatnya. Tergagap tergugup mulut nak menjawab. Soalan ditanya nya begini saya menjawab melalut sana melalut sini Walaubagaimanapunn alhamdulillah dapat jugak jawab kesemua soalan yang ditanya ada jugak rasa puas dalam hati. Rasa dalam diri malu dan takut la jugak tapi untuk kebaikan diri serta nak cari pengalaman saya memberanikan diri. Sebelum tu, ada la seorang insan sekali temu duga dengan saya ha!! Perrhhhh cayala bagus betul. Jawapan dia semua dikatakan terbaik la kalau dibandingkan dengan saya yang tergagap-gagap sampai ditegur oleh si penemu duga tu. Respek la dia tapi pengalaman dia dalam buat-buat program ni banyak. Saya ni pula baru nak menceburi. Pengalaman tak da langsung, kenapa tak nya zaman sekolah saya banyak diamkan diri, dengan kata lain tak aktif langsung dalam aktiviti macam ni. Lagipun saya ni budak pendiam dan pemalu sikit. Tapi ni bukannya nak merendahkan diri tapi nak wat perbandingan ja. Masa zaman di sekolah dengan masa sekarang di alam Universiti. Tentang result temu duga tu kita tengok lah diaorang contact balik ke tak. Insyaallah Sekiranya lulus, Alhamdulillah. Sekiranya gagal nak buat macam mana. Redha dengan ketentuan-NYA. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan mungkin Tuhan nak kasi kita perkara yang lebih baik.

Nak tahu saya dapat mana semangat sampai macam ni??

Semangat yang membuak-buak ni tercetus daripada kata-kata semangat daripada insan yang bergelar ibu, family, guru-guru, terutamanya kaunselor saya di UMT, disamping kawan-kawan. Kata-kata dia masih terngiang-giang dalam kotak fikiran ini. "CABAR DIRI UNTUK MENCARI POTENSI DIRI". Selama ni saya bagaikan katak dibawah tempurung ja. Tersedarlah daku daripada lamunan yang dah lama terbelenggu dalam diri ini tapi sekarang saya dah bertekad nak berubah daripada keadaan masa lalu kepada yang lebih baik Insyaallah. Jadikan diri hari esok lebih baik dari hari ni. Dan jadikan diri minggu depan lebih baik dari minggu sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....