BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Isnin, 14 Februari 2011

Sedekah... renungilah....

Rasulullah SAW bersabda:

 Pada setiap orang muslim terdapat sedekah, Baginda disoal, apa pendapat kamu jika sesorang itu tidak mempunyai apa apa untuk disedekahkan? Rasulullah SAW bersabda: "Dia berusaha mengunakan kedua tangannya sehingga dia dapat member manfaat pada dirinya dan bersedekah" Baginda di tanya lagi :apa pendapat kamu kalau dia tidak mampu? Baginda bersabda: "Dia mampu membantu orang yang memerlukan bantuan pertolongan" Baginda disoal lagi, apa pendapat kamu jika dia juga tidak mampu? Rasulullah SAW bersabda: "Dia mampu melakukan kebaikan" Baginda ditanya lagi, apa pendapat kamu jika dia tidak mampu melakukannya juga? Rasulullah SAW bersabda: "Dia menahan diri daripada melakukan keburukan,maka itu juga dikira sebagai sedekah"(Hadis Bukhari dan Muslim)


Aisyah r.a berkata


Seorang lelaki telah datang kepada baginda dan berkata: wahai Rasulullah SAW, ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga seandainya dia mampu berkata kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah SAW bersabda: BENAR (H.R. Bukhari & amp; Muslim)

Rasulullah saw bersabda

Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: "Berlaku adil sesama manusia adalah sedekah, membantu seseorang menaiki binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang barang ke atas belakang binatang tunggangannya,juga adalah sedekah" Rasulullah bersabda lagi: "Perkara yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah" (H.R. Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW bersabda:



Setiap hari ketika umat manusia memasuki hari pagi, pasti ada dua malaikat turun. Satu diantara keduanya akan mengucapkan: ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja (menggunakan harta kejalan Agama, keluarga ,umat ,dan sebagainya) sedangkan malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja.(H.R. Bukhari & Muslim)

2 ulasan:

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....