BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Selasa, 8 Mac 2011

Setiap Detik Masa Berdetik... Setiap Langkah Kita Melangkah...

Ini hanya sekadar luahan hati yang terlintas di kotak minda...

Setiap detik masa berdetik setiap langkah kita melangkah kita menuju kematian...

Kenapa saya berpendapat demikian??

Hal ini kerana saya dapati dan rasai bahawa setiap langkah kita melangkah mendekatkan kita dengan kematian.

Almaklumlah kita ni umat akhir zaman.. Macam-macam dapat kita rasai. Masa pon semakin pendek, cepat,singkat. Tanpa kita sedari pagi sudah ke senja sekejap saja berlalu. Petang ke malam terlalu singkat.Saat ke minit terlalu pantas. Jam ke hari terlalu cepat. Bulan ke tahun secepat kilat...

Adakah anda berasa begitu?

Pejam celik, pejam celik hari dah berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun...
Kita pula semakin hari semakin banyak dosa kita lakukan.
Banyak pula maksiat kita lakukan.
Masih sempat lagikah kita bertaubat !!
Sempat lagikah untuk kita kembali ke jalan ALLAH !!
Sempat lagikah kita untuk meminta keampunan ALLAH !!
Sempat lagikah kita untuk kita menerima kemampunan dari ALLAH !!

Tepuk dada tanya diri sendiri... Satu saat berlalu satu tapak kita melangkah kematian semakin menghampiri...

Bertanyalah kepada diri sendiri...

Ingatlah dan ambillah pengajaran daripada kenyataan ini... Agar kita dapat mengetahui dimana tempat kita disisi-Nya...

Renungilah...

Wahai orang yang masih berada dalam alam khayalan,
Wahai orang yang masih tenggelam dalam pelukan keseronokkan, pelukan nafsu,

Ayuh!! sedarlah, bangkitlah bahawa setiap detik masa berdetik, setiap langkah kita melangkah kematian menunggu kita dihadapan.

Dan sebelum ia bertandang maka kembalilah dan bertaubatlah meminta keampunan kita kepada yang Maha Esa TUHAN Yang Satu ALLAH SWT..

Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....