.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Selasa, 12 April 2011
ANDAI INGIN BERTEMAN.....
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam InsyaAllah...
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan