.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Khamis, 28 April 2011
Kaunseling.... ada apa dengan kaunseling?
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong antara seorang kaunselor profesional dan klien berladaskan etika kaunseling dalam suasana mesra dan terapeutik bagi membimbing pelajar membuat keputisan disamping mengenali potensi diri.
Perkhidmatan:
a) Kauseling individu
Kaunseling individu merupakan proses interaksi antara seorang pelajar dengan kaunselor. Sesi tersebut bertujuan membantu individu mencari jalan keluar daripada persoalan yang dihadapi. Di samping itu, sesi berkenaan juga membantu pelajar mengenali potensi diri secara lebih mendalam. Perbincangan berkenaan adalah dirahsiakan. Pelajar boleh mengatur temujanji ddengan kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling. Sesi tersebut bergantung kepada kelapangan pelajar dan kaunselor.
b) Kaunseling berkelompok
Kaunseling kelompok merupakan proses interaksi antara sekumpulan pelajar dan seorang kaunselor. Topik perbincangan dalam interaksi berkenaan adalah ditetapkan oleh pelajar dengan bantuan kaunselor. Perbincangan berkenaan adalah dirahsiakan. Pelajar boleh mengatur temujanji dengan kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling kelompok. Sesi tersebut bergantung kepada kelapangan ahli kelompok dan kaunselor.
c) Program dan rundingan kerjaya
Mengadakan program-program kerjaya seperti Bengkel Penulisan Resume, Bengkel Temuduga, Diskusi Kerjaya, Seminar Kerjaya dan sebagainya. Maklumat-maklumat kerjaya dan juga majikan disediakan untuk para pelajar dalam bentuk brosur dan iklan. Selain itu bimbingan kerjaya juga diadakan bagj pelajar yang memerlukan. Palajar juga berpeluang untuk menjawap pelbagai soalan ujian / inventori personaliti dan kerjaya yang disediakan oleh kaunselor. Melalui markah dan analisis yang dibuat, para pelajar boleh mendapatkan bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya perlu.
Antara jenis ujian yang diadakan ialah:
1. Ujian Personaliti Kerjaya Holland
2. Ujian Minat Kerjaya DSSA
3. Iventori Personaliti Sidek (PS)
4. Iventori Personaliti Warna (IPW)
5. Iventori Gaya Bercinta (GB)
d) Program dan Rundingan Akademik
Mengadakan program-program akademik seperti Bengkel Bijak Belajar dan Pengurusan Masa Efektif. Rundingan berkaitan akademik juga diadakan bagi pelajar yang bermasalah dalam pengurusan pembelajaran.
e) Khidmat Pembimbing Rakan Siswa (PRS)
Pelajar boleh mendapatkan khidmat mesra daripada ahli Pembimbing Rakan Siswa dalam aspek bimbingan dan kaunseling. Mereka terdiri daripada para pelajar yang terpilih dan terlatih dengan pengendalian sesi bimbingan dan program-program yang dianjurkan oleh UBK. Selain itu, PRS juga mengadakan pelbagai motivasi pembangunan sahsiah, akademik dan kerjaya sama ada peringkat universiti mahupun peringkat luar.
Mengapa anda perlukan kaunseling?
Kaunseling membantu pelajar merungkai segala isu dan permasalahan yang melanda diri. Antara isu yang sering diutarakan ialah kurang keyakinan dan penyesuaian diri dengan penghidupan di kampus, masalah remaja seperti cinta, sosial, masalaj keluarga dan masalah akademik. Melalui kaunseling, keserabutan yang dilalui akan dapat dirungkai sedikit demi sedikit. Dalam hal ini, kaunselor memainkan peranan memandu dan membimbing pelajar melalui sesi penerokaan masalah dan tindakan mereka ke arah penyelesaian. Biasanya setelah sesi kaunseling berakhir, pelajar akan barasa tenang, lega dan selamat untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Apakah matlamat kaunseling?
Matlamat kaunseling:
1. Menyediakan perubahan tingkahlaku
2. Membantu membuat keputusan
3. Membantu kemahiran daya bertindak
4. Membantu seseorang supaya menjadi seorang yang rasional
5. Membantu klien supaya bertanggungjawab ke atas dirinya
6. Membantu memperbaiki imej negatif klien
Proses kaunseling:
1. Membina hubungan
2. Meneroka persoalan/masalah
3. Menentukan matlamat
4. Memilih alternatif
5. Membuat plan tindakan
6. Penamatan/tindakan susulan
“Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insane dapat berteduh. Jangan jadi seperti pohon yang kering tempat sang punggak melepaskan rindu san hanya layak dijadikan kayu api.”
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan