.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Khamis, 9 Jun 2011
Soalan yahudi tentang solat...
Rasulullah saw bersabda “ jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat zohor, pada saat itu nyalanya neraka jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka jahanam pada hari kiamat.”
Sabda rasulullah lagi “manakala solat asar, adalah di mana nabi adam as memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir”
Setelah itu, rasulullah membaca ayat yang bermaksud “jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat pertengahan, solat maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi adam as diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada allah maka allah akan perkenankan.”
Sabda rasulullah saw “solat isyak (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat isyak berjemaah, allah swt haramkan daripada terkena nyalaan api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath”
Sabda rasulullah saw seterusnya “solat subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan oleh allah swt dua kebebasan
• Dibebaskan daripada api neraka
• Dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)
dipetik dari sebuah buku...
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan