.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Isnin, 2 Mei 2011
Buat Insan Bergelar Cikgu...
tak lama lagi akan menjelang hari guru, mybe saya tak bleh post pada masa tu. so, mesti post sekarang.. untuk guru2 ku yang tersayang... moga hidup kamu senantiasa diberkati dan dirahmati Allah...
Memori Abadi Antara Dua insan...
Mata bertentangan mata,
Rasa berdebar-debar didada,
Perkenalan pertama kita berdua,
Bermulalah sejarah kita bersama,
Kasih sayangmu dapatku rasai,
Rasa cinta seorang pelajar,
Mula berputik mula berkembang,
Untuk insan digelar cikgu,
Namun...
Masa terlalu singkat,
Akhirnya tiba disuatu saat,
Menjadi lumrah setiap pertemuaan,
Pastinya ada perpisahan,
Kasih setahun jagung,
Ditiggalkan separuh jalan,
Kasih antara dua insan,
Kini tinggal kenangan,
Penat lelahmu,
Titik peluhmu,
Budi jasa mu,
Tak kan ku lupakan,
Tak kan ku sia-siakan,
Terlalu besar pengorbananmu,
Terlalu banyak ilmu kau curahkan,
Untuk mengajar pelajar yang nakal,
Menjadi insan yang berguna kelak,
Kata-kata keramat,
Ingin ku kemukakan...
Namun,
Tak terucap dilidah,
Tak terungkap dibibir,
Tak terluah dihati,
Tetapi ku mahu kau tahu...
Kau sentiasa dalam ingatanku...
TERIMA KASIH CIKGU....
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan