.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Ahad, 1 Mei 2011
Belajar Cara Sistem PQRST...
ha nak tau cara belajar cara Sistem PQRST... Ini saya terbaca dalam templet Pusat Kauseling Dan Kerjaya... so, nak berkongsi la sikit. Ilmuku ilmumu jua..
Apa itu Sistem PQRST?
ha ikuti selanjutnya... baca jangan tak baca... maybe ni salah satu cara untuk meningkatkan cara pembelajaran kita...
P = iaitu Preview (mengimbas tajuk-tajuk penting)
Dalam item ini kita, pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
Q = Question (menyoal)
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu kita memcari isi penting. Dengan cara ini kita boleh mengingati sesuatu dengan jelas.
R = Read (membaca)
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan kita sendiri dari rangka topik.
S = Self-Recitation (menyebut satu persatu)
Apabila kita sudah membaca, kita perlu mencatat atau melakar sesuatu gambar rajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah kita catatkan.
T = Test (ujian)
Untuk memastikan kita sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, kita perlu membuat penilaian kendiri. Dau cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mengenali diri sendiri dan peranannya serta menguasai strategi pembelajaran yang cemerlang. So, orang lain boleh kenapa kita tidak boleh???
Renungkanlah.. selamat beramal...
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan