.".".Sekadar berkongsi ILmu Dan Rasa Hati.".".
BLacK@mARio freNDz foLLowEr
Sabtu, 30 April 2011
Tip belajar apabila mengantuk...
Kita sebagai pelajar tidak hairan akan berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Siapa yang sokong angkat tangan macam saya. Geleng-geleng tangan anda. kui3.. Alam persekolahan yang berorentasikan peperiksaan akan meniggalkan kesan negatif, tapi bagi saya alam persekolahanlah yang paling seronok selepas kita dah bergelar mahasiswa. Apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku di alam persekolahan membuatkan saya geli hati dan seronok. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan. Perasaan jemu, bosan, malas serta simbil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif.
Apa yang perlu kita lakukan untuk membentuk perasaan suka akan belajar ialah: ikut langkah-langkah ni...
1. Bina sikap yang positif. Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan selebihnya ditentukan oleh pengetahuan yang sedia ada. Sekiranya kita membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka kita hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.
2. Persediaan minda. Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kaya-kata positif atau motivasi.
Sebagai contoh; "Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, mengapa tidak saya, saya yakin saya juga boleh berjaya."
3.Persediaan perasaan. Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi kita memberi tumpuan kepada pelajaan. Kita akan berasa selesa kerana perasaan tidak menjejaskan tumpuan fikiran.
4. Persekitaran yang sesuai. Apabila ingin belajar, kita perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.
5. Ketepikan seketika masalah sampingan. Sekiranya kita menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, Manusia sememangnya tidak terlepas daripada masalah maka kita perlu berkongsi atau meluahkan masalah kita kepada ibu bapa, sekiranya berjauhan dengan ibu bapa, kita boleh meluahkan masalah tersebut kepada rakan-rakan. Hal ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan unuk kita menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Tip ini sekadar untuk membantu kawan-kawan memupuk semangat untuk belajar. Salah dan silap harap dimaafi.. Selamat beramal..
iLmuKu _iLmUMu Ju@
Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??
Ilmu | Harta |
Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul | Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad |
Ilmu menjaga akan tuannya | Tuannya akan menjaga harta |
Banyak ilmu akan banyak kawan | Banyak harta akan banyak musuh |
Ilmu jika diamalkan akan bertambah | Harta digunakan akan berkurang |
Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati | Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati |
Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya | Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat |
Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati | Harta menjadikan pemiliknya keras hati |
Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama | Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan |
Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah” | Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku” |
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan